Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah
atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di
kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar
ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355
hari dalam setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah
hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab
r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan
Islam pada zamannya.Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari
telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa
Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar
Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang
berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya
peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas
permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.
Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya
mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun
kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram
ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih
lagi di sisi Allah.
Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah
s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan
pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu,
Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat
berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan
Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al
Aqsa dibangunkan.
Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah
Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi,
didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan
itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang
rasmi.
Sebab-sebab berlaku Hijrah
Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah
terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab
Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w.
Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh
umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan
menuju ke kota Madinah.
Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah,
mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih
dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam
ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam
keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya :
Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang
yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah
bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu
tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”
Hijrah adalah sunnah para anbiya
Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w
sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim,
Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan
yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau
seruan yang dibawa oleh mereka.
Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang
menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.
Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di
sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan
Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan
tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan
menggalakkan.
Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa
yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya
individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa
berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang
tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang
membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman
Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.
Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh
golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh
untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat
Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama
perlembagaan negara.
Maka berlakulah penghijrahan golongan ulama’yang terpaksa
meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan
golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi
yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.
Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh
Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: “Dan
(ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya
terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu
keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan
perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya
(perancangan).” Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang
yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka
memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui
penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa
kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang
lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama
Islam.Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke
satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan
keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan
Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut : “Dan berkatalah Ibrahim :
Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan
Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”Pengajaran
daripada peristiwa Hijrah Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:
1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani
seseorang (Saidina Abu Bakr).
2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk
bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh
sedang seronok tidur.
3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir
bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin
Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.
4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat
dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak
kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.
5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang
remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina
Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.
6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang
muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.
7. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang
remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan
kerja-kerja dakwah.
Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh
memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya
bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.
Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam
1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.
2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.
Dalam kesempatan tahun baru ini, saya ingin membagi ilmu
yang sudah saya cari dari browsing mengenai bulan Muharram ini, karena saya
belum mengerti sepenuhnya tentang arti dan sejarah bulan Muharram. berikut
adalah penjelasan tentang Hijriyah itu sendiri.
dikutip dari wikipedia, Kalender Hijriyah atau Kalender
Islam (Bahasa Arab: التقويم الهجري; at-taqwim al-hijri),
adalah kalender yang digunakan oleh umat Islam, termasuk dalam menentukan
tanggal atau bulan yang berkaitan dengan ibadah, atau hari-hari penting
lainnya. Di beberapa negara yang berpenduduk mayoritas Islam, Kalender Hijriyah
juga digunakan sebagai sistem penanggalan sehari-hari. Kalender Hijriyah
menggunakan sistem kalender lunar (komariyah).
Kalender ini dinamakan Kalender Hijriyah, karena pada tahun
pertama kalender ini adalah tahun dimana terjadi peristiwa Hijrah-nya Nabi
Muhammad dari Makkah ke Madinah, yakni pada tahun 622 M.
Penentuan dimulainya sebuah hari/tanggal pada Kalender
Hijriyah berbeda dengan pada Kalender Masehi. Pada sistem Kalender Masehi,
sebuah hari/tanggal dimulai pada pukul 00.00 waktu setempat. Namun pada sistem
Kalender Hijriah, sebuah hari/tanggal dimulai ketika terbenamnya matahari di
tempat tersebut.
Kalender Hijriyah dibangun berdasarkan rata-rata silkus
sinodik bulan kalender lunar (qomariyah), memiliki 12bulan dalam setahun.
Dengan menggunakan siklus sinodik bulan, bilangan hari dalam satu tahunnya
adalah (12 x 29,53059 hari = 354,36708 hari).Hal inilah yang menjelaskan 1
tahun Kalender Hijriah lebih pendek sekitar 11 hari dibanding dengan 1 tahun
Kalender Masehi.
Faktanya, siklus sinodik bulan bervariasi. Jumlah hari dalam
satu bulan dalam Kalender Hijriah bergantung pada posisi bulan, bumi dan
matahari. Usia bulan yang mencapai 30 hari bersesuaian dengan terjadinya bulan
baru (new moon) di titik apooge, yaitu jarak terjauh antara bulan dan bumi, dan
pada saat yang bersamaan, bumi berada pada jarak terdekatnya dengan matahari
(perihelion).
Sementara itu, satu bulan yang berlangsung 29 hari
bertepatan dengan saat terjadinya bulan baru di perige (jarak terdekat bulan
dengan bumi) dengan bumi berada di titik terjauhnya dari matahari (aphelion).
dari sini terlihat bahwa usia bulan tidak tetap melainkan berubah-ubah (29 - 30
hari) sesuai dengan kedudukan ketiga benda langit tersebut (Bulan, Bumi dan
Matahari.
Penentuan awal bulan (new moon) ditandai dengan munculnya
penampakan (visibilitas) Bulan Sabit pertama kali (hilal) setelah bulan baru
(konjungsi atau ijtimak). Pada fase ini, Bulan terbenam sesaat setelah
terbenamnya Matahari, sehingga posisi hilal berada di ufuk barat. Jika hilal
tidak dapat terlihat pada hari ke-29, maka jumlah hari pada bulan tersebut
dibulatkan menjadi 30 hari. Tidak ada aturan khusus bulan-bulan mana saja yang
memiliki 29 hari, dan mana yang memiliki 30 hari. Semuanya tergantung pada
penampakan hilal.
Sejarah Penentuan
Penentuan kapan dimulainya tahun 1 Hijriah dilakukan 6 tahun
setelah wafatnya Nabi Muhammad. Namun demikian, sistem yang mendasari Kalender
Hijriah telah ada sejak zaman pra-Islam, dan sistem ini direvisi pada tahun
ke-9 periode Madinah.
Sistem kalender pra-Islam di Arab
Sebelum datangnya Islam, di tanah Arab dikenal sistem
kalender berbasis campuran antara Bulan (komariyah) maupun Matahari
(syamsiyah). Peredaran bulan digunakan, dan untuk mensinkronkan dengan musim
dilakukan penambahan jumlah hari (interkalasi).
Pada waktu itu, belum dikenal penomoran tahun. Sebuah tahun
dikenal dengan nama peristiwa yang cukup penting di tahun tersebut. Misalnya,
tahun dimana Muhammad lahir, dikenal dengan sebutan "Tahun Gajah",
karena pada waktu itu, terjadi penyerbuan Ka'bah di Mekkah oleh pasukan gajah
yang dipimpin oleh Abrahah, Gubernur Yaman (salah satu provinsi Kerajaan Aksum,
kini termasuk wilayah Ethiopia).
Revisi penanggalan
Pada era kenabian Muhammad, sistem penanggalan pra-Islam
digunakan. Pada tahun ke-9 setelah Hijrah, turun ayat 36-37 Surat At-Taubah,
yang melarang menambahkan hari (interkalasi) pada sistem penanggalan.
Penentuan Tahun 1 Kalender Islam
Setelah wafatnya Nabi Muhammad, diusulkan kapan dimulainya
Tahun 1 Kalender Islam. Ada yang mengusulkan adalah tahun kelahiran Muhammad
sebagai awal patokan penanggalan Islam. Ada yang mengusulkan pula awal patokan
penanggalan Islam adalah tahun wafatnya Nabi Muhammad.
Akhirnya, pada tahun 638 M (17 H), khalifah Umar bin Khatab
menetapkan awal patokan penanggalan Islam adalah tahun dimana hijrahnya Nabi
Muhammad dari Mekkah ke Madinah. Penentuan awal patokan ini dilakukan setelah
menghilangkan seluruh bulan-bulan tambahan (interkalasi) dalam periode 9 tahun.
Tanggal 1 Muharam Tahun 1 Hijriah bertepatan dengan tanggal
16 Juli 622, dan tanggal ini bukan berarti tanggal hijrahnya Nabi Muhammad.
Peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad terjadi bulan September 622. Dokumen tertua
yang menggunakan sistem Kalender Hijriah adalah papirus di Mesir pada tahun 22
H
sumber :
http://islam-oase.blogspot.com/2009/12/sejarah-dan-ketentuan-tahun-hijriyah.html






0 komentar:
Posting Komentar
Berkomentarlah Sesuai Tema Postingan Syukran.